Wednesday, January 12, 2011

Taska Titian Kasih

Entri kedua nak cerita pasal taska titian kasih.Alhamdulillah dah masuk tahun kedua ia beroperasi.Pengurusan bertambah baik dan lancar di sebabkan tahun ni pelajar sek kebangsaan dan tadika dah di asingkan dengan kanak-kanak berumur bawah 4 tahun.Guru pembimbing juga semakin bersemangat kerana kelancaran operasi harian.Kini,tiada gangguan dari pelajar yang pulang ke taska untuk mandi dan makan.Suasana juga selesa dan tenang,hanya gelak ketawa dan tangisan pencetus sunyi.Anak-anak asuhan semakin ceria dan bijak dengan pelbagai aktiviti yang di susun oleh guru pembimbing.Antara kanak-kanak di taska titian kasih.





E

Setahun berlalu...entri pertama

Salam kepada semua pengunjung blog Taska Titian Kasih.Agak memalukan juga kerana setelah hampir setahun blog ini di mulakan,baru ada entri pertama.Terbatas dengan kekangan masa dan masih tercari-cari idea untuk memulakan blog ini.Paling lucu,email dan password pun dah lupa sebab lama sangat di biarkan begitu sahaja.Akhir tahun lepas sewaktu mengemas rak buku baru terjumpa dairy yang ditulis pasal blog ini..Baru la boleh buka semula blog.

Rasa bersemangat untuk berkongsi pengalaman harian di taska dengan pengunjung blog ini.Kepada ibu bapa yang anak-anak nya di asuh di taska Titian Kasih,saya selaku pengusaha dan penyelia taska dengan hati terbuka bersedia mendengar sebarang komen dan idea untuk meningkatkan kualiti taska Titian Kasih.Terima kasih atas kesudian melawat blog ini.