Tuesday, April 12, 2011

Amali Solat @ Taska Titian Kasih

Sejuk mata memandang bila melihat anak-anak asuhan Taska Titian Kasih mula melakukan amali solat.Alhamdulillah teori yang di ajar sejak awal tahun telah mula menampakkan hasil.Bila di minta membaca setiap rukun dengan kuat,mereka begitu bersunguh-sungguh membacanya.Walau mereka baru lingkungan umur 2 tahun ke atas,kesungguhan terpamir di muka mereka untuk menanti tibanya waktu untuk melakukan solat berjemaah.Bila azan asar di laungkan dari surau AlHidayah senyuman mula terukir di wajah mereka,kerana masing-masing menunggu waktu itu.

Semoga dengan adanya latihan ini akan dapat memupuk nilai-nilai murni untuk menjadi muslim yang baik dari peringkat awal.





Wednesday, April 6, 2011

Magic English 'n' Taska Titian Kasih.

Taska Titian Kasih telah memulakan program Magic English sejak akhir tahun 2010. Alhamdulillah telah menunjukkan banyak peningkatan kepada anak-anak asuhan taska dari segi bahasa,komunikasi dan literasi awal.Ia membantu guru pembimbing untuk melakukan aktiviti taska.Slot khas Magic English juga telah di masukkan dalam jadual harian kanak-kanak 2-4 tahun.

Kanak-kanak dan bayi seawal 2 bulan juga memperolehi manafaat dari program ini.Mereka akan di pertontonkan dengan cerita watak kartun disney.Ia amat menarik minat kanak-kanak untuk menonton.Seterusnya bila tiba aktiviti rangsangan,mereka akan di perdengarkan pula dengan cerita berkaitan watak yang mereka lihat.Bila kanak-kanak ini melakukan aktiviti berinteraksi dengan guru pembimbing,mereka dengan penuh minat akan meniru suara yg mereka dengar.Mereka berupaya untuk bercerita kembali apa yg mereka dengar.mereka lebih fokus dan menunjukkan minat semasa guru pembimbing mengajar.

Walau semasa nak membelinya dulu terpaksa berfikir beberapa kali kerana harga yg mencecah ribuan ringgit,namun hasil yg di perolehi amat memuaskan hati.Anak-anak di taska Titian Kasih lebih aktif,fokus dan gembira apabila melakukan aktiviti harian.Lihatlah mereka semasa guru mengajar mereka menumpukan sepenuh perhatian kepada guru walau ada antara mereka yg baru berumur 2 tahun.Bila di minta berinteraksi,mereka lebih yakin dan berani untuk bercakap...Inilah antara kelainan yang Taska Titian Kasih berikan,kami cuba menjadikan anak-anak asuhan kami lebih yakin dan berani walau usia baru 2,3 dan 4 tahun.