Tujuan aktiviti ini adalah untuk meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak.Mereka di beri pelbagai doh yang berwarna warni dan pelbagai acuan yang mereka suka.Mereka menguli doh dengan gembira sekali sebelum menerap menjadi pelbagai bentuk.Sambil bermain kanak-kanak akan berpeluang menambah perbendaharaan kata dengan menyebut nama-nama bentuk dan warna.memang berbakat sekali..lepas ni boleh tolong ibu masing-masing buat biskut raya.....mari belajar sambil berseronok
Thursday, April 19, 2012
Monday, April 16, 2012
SKIM BANTUAN YURAN TASKA DI SELANGOR
Untuk mereka yang berkenaan sila baca informasi di bawah semoga dengan adanya skim ini dapat mengurangkan bebanan kepada semoga golongan sasaran ini. Skim ini diberikan kepada kategori yang telah ditetapkan yang menghantar anak-anak ke Taska berdaftar dengan JKM saja.
SKIM BANTUAN YURAN TASKA
Merupakan satu lagi program Merakyatkan Ekonomi Selangor yang diwujudkan bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah iaitu bawah dari RM1500 yang memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan bertujuan untuk mengurangkan beban pembayaran menghantar anak-anak ke pusat-pusat penjagaan/ taska yang berdaftar dengan JKM. Jumlah bantuan yang diberikan adalah berjumlah RM 100 setiap bulan yang akan dibayar terus kepada taska berkenaan.
Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:
1. Warganegara Malaysia DAN
1.1 SAMA ADA
1.1.1 Ibu atau bapa yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor
ATAU
1.1.2 Anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor ATAU
1.1.3 · Ibu dan bapa yang sudah bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun (perlu mendapatkan pengesahan taraf permastautin daripada Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi Taman Perumahan / Senator / ADUN dan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal)
2. Pendapatan seisi rumah :
2.1 RM1500 ke bawah yang menanggung anak 1-3 orang ATAU
2.2 RM2500 ke bawah yang menanggung anak 4-5 orang ATAU
2.3 · RM3000 ke bawah yang menanggung anak melebihi 6 orang
3. Menghantar anak ke taska (terhad kepada 2 orang anak yang berumur 4 tahun ke bawah sahaja)
Sukacita sekiranya pihak puan dapat maklumkan kepada pihak kami sekiranya ada dikalangan ibu bapa yang menghantar anak ke taska puan memiliki syarat-syata di atas. Kami akan memberi bantuan yuran taska kepada meerka yang berkelayakan. Sila hubungi saya Makmum bin Sundari tel : 03-55231426 (Rantaian Mesra Sdn Bhd)

Tuesday, April 10, 2012
Jom Sihat - Aktiviti Fizikal (motor kasar)
Pelbagai aktiviti harian, mingguan dan bulanan di rancang oleh pihak pengurusan Taska Titian Kasih dan semua aktiviti ini di lakukan untuk memberi rangsangan dalam pembesaran anak-anak dan antaranya adalah aktiviti pergerakan fizikal (motor kasar) agar mereka akan sentiasa cergas dan tidak mudah berasa bosan. Sebahagian gambar-gambar yang sempat di rakam dan dikongsi untuk tatapan semua.
jom tanam taugeh
Projek sains kali ini oleh anak-anak Titian kasih yang berumur 3-4 tahun. Pendedahan awal bagaimana cara menanam pokok yang paling mudah. Sambil bermain dapat membuka minda anak-anak kecil ini. Projek sains ini di buat pada hari jumaat yang lepas
lihatlah......
Inilah hasil pada hari isnin (9/4/2012).....semuanya dah mula bertunas
yang pasti semuanya gembira sebab apa yang mereka tanam mereka boleh nampak sendiri hasilnya.....lihatlah wajah-wajah kegembiraan anak-anak ini

Rabu 11/4/2012 cuti umum
11 April Rabu adalah cuti UMUM sempena Hari Pertabalan DYMM Agong
Subscribe to:
Posts (Atom)