Wednesday, October 5, 2011

Majlis Hari Raya dan Harilahir Berkelompok bhg. 1

Walaupun syawal telah melabuhkan tirai namun kemeriahannya masih dirasai disana sini. Begitu juga dengan Taska Titian Kasih yang mengambil kesempatan pada hari Jumaat yang lalu bersamaan 30/10/2011 di Taska 1, No. 2 Jalan Cemara 8 telah mengadakan Majlis Sambutan hariraya dan juga Majlis Harilahir Berkelompok juga mengadakan majlis bacaan Yassin bersempena pembukaan pusat transit baru di No. 4 Jalan Cemara 8. Majlis yang berlaku serentak, 3 dalam 1 bermula seawal 8 malam yang mula dipenuhi oleh anak-anak dan juga ibubapa/penjaga bagi acara pembukaan dan potong kek untuk hari lahir berkelompok.

Majlis yang di tunggu-tunggu oleh para cikgu dan ibubapa/penjaga untuk mengambil peluang beramah mesra dan berkenalan dengan cikgu-cikgu juga dikalangan ibubapa/penjaga. Anak-anak lagi teruja bila dapat bersama-sama ibubapa/penjaga mereka dengan pakaian yang cantik dan kelihatan comel-comel semuanya.

Ibubapa/penjaga dan tetamu yang hadir telah bersama-sama menikmati pelbagai hidangan istimewa yang disediakan oleh pihak Taska termasuk makanan ala kampung, laksa, nasi impit bersama kuah kacang, bubur, beraneka nuget, kuih muih, buah-buahan dan juga air minuman.

Majlis yang berlangsung dengan ringkas dan santai di serikan dengan acara musical chair pelbagai peringkat umur dan hadiah-hadiah istimewa juga diberikan kepada para pemenangnya dan paling istimewa semua anak-anak mendapat duit raya dari pihak Taska Titian kasih.

Ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis yang sederhana tetapi begitu meriah sekali terutamanya dengan kehadiran para ibubapa/penjaga juga tetamu-tetamu undangan yang lain. Semoga akan terus memberi sokongan kepada taska Titian kasih dan bagi kami di Taska Titian kasih akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua.

gambar-gambar sekitar majlis tersebut untuk bahagian 1




















No comments:

Post a Comment