Tuesday, December 11, 2012

Ujian Amali KAAKK di Taska Titian Kasih

Baru-baru ini seramai 13 orang peserta dari Kolej Perkembangan Awal Kanak-kanak Educate To Learn,Damansara Damai telah menjalani ujian amali Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak(KAAKK) di taska Titian Kasih cawangan Saujana Utama 1. Ujian amali kali ini diselia oleh Dr Nurul Aliah, head of Academics Kolej Perkembangan Awal Kanak-kanak.
Selamat maju jaya diucapkan kepada semua pelatih.

Thursday, November 29, 2012

Pendaftaran 2013 telah bermula!!!

Baner untuk tahun 2013 telah siap di gantung di Taska Titian Kasih yang terletak di No. 2 Cemara 8, SU 1 dan juga di No. 26 Jalan Teratai 1/2, SU 3 . Kepada para pengunjung budiman sekiranya berminat untuk menghantar anak-anak jagaan ke Taska kami sila hubungi terus nombor yang tertera (Pn Noni : 017-6863839) untuk keterangan lanjut. Dan kepada yang telah mendaftar, jutaan terima kasih kami ucapkan atas kepercayaan dan sokongan yang berterusan. Insyaallah kami sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk semua.

Friday, September 21, 2012

Majlis Jamuan Hari Raya 2012

Pada 15/9/2012 bersamaan hari Sabtu pihak Taska Titian Kasih telah mengadakan jamuan hari raya bagi meraikan anak-anak jagaan kami juga meraikan ibubapa dan penjaga serta sahabat handai yang banyak menyokong Taska Titian Kasih. Pihak Taska juga tidak lupa memberikan duit raya kepada semua kanak-kanak yang hadir dan jutaan terima kasih kepada semua yang dapat melapangkan masa untuk hadir ke majlis kami ini.









Wednesday, August 15, 2012

Salam Aidilfitri

Salam buat semua,
Diam tak diam  nampaknya Ramadhan sudah menghampiri penghujungnya dan insyallah jika panjang umur kita semua akan menyambut syawal pada hari ahad ini. Di kesempatan ini pihak pengurusan Taska Titian Kasih dan semua cikgu-cikgu pengasuh ingin mengucapkan  Salam Aidilfitri & Maaf Zahir Batin buat semua anak-anak jagaan Taska Titian Kasih, ibubapa dan penjaga dan semua rakan-rakan diluar sana dan di doakan agar semuanya akan selamat balik ke kampung halaman dan selamat kembali ke Saujana Utama.

Taska Titian Kasih akan ditutup bermula hari Sabtu 18/8/2012 sehingga 26/8/2012 (Ahad).

"Salam Aidilfitri Dan Maaf Zahir Batin dari kami Taska Titian Kasih"

Thursday, August 9, 2012

Pelajar UPSI @ Taska Titian Kasih

Pihak Taska Titian Kasih ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI) Tanjung Malim,kerana memilih Taska Titian Kasih untuk dijadikan tempat untuk pelajar jurusan Pendidikan Awal Kanak-kanak menjalankan tugasan aktiviiti .Kanak-kanak yang terlibat amat gembira semasa aktiviti dijalankan. Semoga pengalaman ini memberi impak yang baik dari sudut pembesaran mereka,juga boleh mencetuskan idea baru kepada guru-guru pengasuh untuk melakukan aktiviti yang lebih berkualiti di masa depan.


Wednesday, August 1, 2012

Menjelang Hari Kemerdekaan Malaysia

Menghampiri tarikh 31 Ogos, sempena hari kemerdekaan Malaysia pihak Taska Titian Kasih mula memasang bendera Malaysia di sekitar semua cawangan taska Titian Kasih. Pada masa yg sama juga kanak-kanak di terapkan dengan semangat kecintaan kepada negara dengan memperkenalkan bendera Malaysia. Saat gembira dapat di rakamkan di taska Titian Kasih cawangan Teratai Clusters SU3 setelah cikgu memperkenalkan dan menerangkan kepada mereka mengenai bendera Malaysia. Sebahagian gambar bersama anak-anak Titian Kasih SU3

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan 1433H

Di kesempatan ini Pihak Taska Titian Kasih ingin mengucapkan Salam Ramdhan Al Mubarak dan Selamat berpuasa kepada semua anak-anak jagaan Titian kasih termasuk para ibubapa/penjaga juga kepada semua rakan-rakan diluar sana. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya. Amiin. Sepanjang bulan Ramadhan ini pihak Taska Titian Kasih mengalakkan kepada semua ibubapa/penjaga untuk mengambil anak masing dengan lebih awal untuk memberi peluang kepada pengasuh untuk berbuka puasa seterusnya bersolat terawih. Namun sekiranya tidak dapat dielakkan pihak Taska tetap menjalankan tugasan seperti biasa. Sekali lagi "Salam Ramadhan Al-Mubarak"

Tuesday, June 12, 2012

Mari Mengenal Buah - Nenas

Aktiviti kognitif kali ini untuk kumpulan umur 2 hingga 4 tahun. kanak-kanak ini dikenalkan kepada buah nenas. Mereka di ajar cara menyebut buah ini dan seterusnya di tunjukkan bagaimana proses mengupas kulitnya sebelum mereka semua dapat merasa sendiri rasanya. Secara tidak langsung melalui aktiviti ini kanak-kanak telah melalui proses pemikiran mengenal buah, merasai buah itu sendiri, menambah perbendaharaan kata dan seterus nya minda di ransang untuk tumpuan dan ingatan apabila mereka sendiri dikehendaki melukis gambar nenas tersebut.

 Kanak-kanak memang sangat teruja bila cikgu mengajar mereka sesuatu yang tak pernah mereka lihat dan pernah lalui dan di harapkan para ibubapa di luar sana juga bersama-sama menjana perkembangan anak secara positif agar mereka akan membesar dengan baiknya. Sekitar gambar aktiviti mengenal nenas ini.

 Cikgu menunjukkan cara mengupas kulit nenas kanak-kanak begitu tekun sekali melihat cikgu mengupas buah nenas yang sebenarnya mereka tak sabar nak rasa buah nenas tu masa untuk merasakan sendiri dengan lidah mereka, bagaimana rasa nenas ini sebenarnya pelbagai reaksi setiap kali di suapkan ke setiap kanak-kanak ini

Monday, May 28, 2012

Jom Mandi Kolam @ Titian Kasih

Kanak-kanak yang terlibat begitu teruja dan amat gembira sekali. Apa tidaknya bagi kanak-kanak antara yang paling seronok adalah dapat bermain air, mungkin tak sehebat di taman tema tapi sekurang-kurangnya aktiviti ini dapat mengembirakan mereka untuk mandi di kolam yang pihak Taska sediakan dan yang seronoknya dapat mandi dengan rakan-rakan sebaya mereka. Insyaallah aktiviti sebegini akan dijadikan sebagai antara aktiviti taska sepanjang tahun.

Tuesday, May 22, 2012

Selamat Hari Lahir Anak2 Titian Kasih

Sambutan hari lahir berkelompok antara bulan januari hingga jun 2012 telah diadakan pada hari jumaat lepas bersamaan 19/5/2012. Semua kanak-kanak begitu gembira dan teruja sekali dan kita raikan sekali anak-anak yang berada di cawangan SU3. Terima kasih diucapkan kepada semua ibubapa dan penjaga yang telah sudi memberi sumbangan ikhlas demi menjayakan majlis pada kali ini. Sebahagian gambar sekitar majlis tersebut;