Aktiviti kognitif kali ini untuk kumpulan umur 2 hingga 4 tahun. kanak-kanak ini dikenalkan kepada buah nenas. Mereka di ajar cara menyebut buah ini dan seterusnya di tunjukkan bagaimana proses mengupas kulitnya sebelum mereka semua dapat merasa sendiri rasanya. Secara tidak langsung melalui aktiviti ini kanak-kanak telah melalui proses pemikiran mengenal buah, merasai buah itu sendiri, menambah perbendaharaan kata dan seterus nya minda di ransang untuk tumpuan dan ingatan apabila mereka sendiri dikehendaki melukis gambar nenas tersebut.
Kanak-kanak memang sangat teruja bila cikgu mengajar mereka sesuatu yang tak pernah mereka lihat dan pernah lalui dan di harapkan para ibubapa di luar sana juga bersama-sama menjana perkembangan anak secara positif agar mereka akan membesar dengan baiknya. Sekitar gambar aktiviti mengenal nenas ini.
Cikgu menunjukkan cara mengupas kulit nenas
kanak-kanak begitu tekun sekali melihat cikgu mengupas buah nenas
yang sebenarnya mereka tak sabar nak rasa buah nenas tu
masa untuk merasakan sendiri dengan lidah mereka, bagaimana rasa nenas ini sebenarnya
pelbagai reaksi setiap kali di suapkan ke setiap kanak-kanak ini
No comments:
Post a Comment