Monday, May 28, 2012

Jom Mandi Kolam @ Titian Kasih

Kanak-kanak yang terlibat begitu teruja dan amat gembira sekali. Apa tidaknya bagi kanak-kanak antara yang paling seronok adalah dapat bermain air, mungkin tak sehebat di taman tema tapi sekurang-kurangnya aktiviti ini dapat mengembirakan mereka untuk mandi di kolam yang pihak Taska sediakan dan yang seronoknya dapat mandi dengan rakan-rakan sebaya mereka. Insyaallah aktiviti sebegini akan dijadikan sebagai antara aktiviti taska sepanjang tahun.

Tuesday, May 22, 2012

Selamat Hari Lahir Anak2 Titian Kasih

Sambutan hari lahir berkelompok antara bulan januari hingga jun 2012 telah diadakan pada hari jumaat lepas bersamaan 19/5/2012. Semua kanak-kanak begitu gembira dan teruja sekali dan kita raikan sekali anak-anak yang berada di cawangan SU3. Terima kasih diucapkan kepada semua ibubapa dan penjaga yang telah sudi memberi sumbangan ikhlas demi menjayakan majlis pada kali ini. Sebahagian gambar sekitar majlis tersebut;

Monday, May 21, 2012

Aktiviti Di Rumah Kanak-kanak ( 1 tahun-2 tahun)

Aktiviti bermain hari ini adalah untuk perkembangan fizikal kanak-kanak.Sambil bermain, objektif pembelajaran juga dapat di capai dengan membina kebolehan motor kasar dan keseimbangan badan.Dengan menyediakan persekitaran yang memberansangkan kanak-kanak berupaya menggunakan motor kasar seperti berdiri,berjalan perlahan ,laju dan berhenti,juga menolak dan menarik kereta mainan.Gambar sebahagian aktiviti yang dapat dirakam...

Friday, May 11, 2012

SELAMAT HARI IBU

Sempena hari ibu yang bakal menjelang,pihak taska telah mengadakan aktiviti membuat gelang tangan dari manik untuk di hadiahkan kepada ibu mereka.Sambil bergembira, ia boleh meningkatkan motor halus dari segi perkembangan fizikal kanak-kanak dengan menggunakan jari untuk memegang manik dan koordinasi mata tangan untuk memasukkan manik ke benang.Gambar sekitar aktiviti....

Thursday, April 19, 2012

Mari bermain doh

Tujuan aktiviti ini adalah untuk meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak.Mereka di beri pelbagai doh yang berwarna warni dan pelbagai acuan yang mereka suka.Mereka menguli doh dengan gembira sekali sebelum menerap menjadi pelbagai bentuk.Sambil bermain kanak-kanak akan berpeluang menambah perbendaharaan kata dengan menyebut nama-nama bentuk dan warna.memang berbakat sekali..lepas ni boleh tolong ibu masing-masing buat biskut raya.....mari belajar sambil berseronok









Monday, April 16, 2012

SKIM BANTUAN YURAN TASKA DI SELANGOR

Untuk mereka yang berkenaan sila baca informasi di bawah semoga dengan adanya skim ini dapat mengurangkan bebanan kepada semoga golongan sasaran ini. Skim ini diberikan kepada kategori yang telah ditetapkan yang menghantar anak-anak ke Taska berdaftar dengan JKM saja.

SKIM BANTUAN YURAN TASKA

Merupakan satu lagi program Merakyatkan Ekonomi Selangor yang diwujudkan bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah iaitu bawah dari RM1500 yang memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan bertujuan untuk mengurangkan beban pembayaran menghantar anak-anak ke pusat-pusat penjagaan/ taska yang berdaftar dengan JKM. Jumlah bantuan yang diberikan adalah berjumlah RM 100 setiap bulan yang akan dibayar terus kepada taska berkenaan.



Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:



1. Warganegara Malaysia DAN



1.1 SAMA ADA

1.1.1 Ibu atau bapa yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor


ATAU


1.1.2 Anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor ATAU


1.1.3 · Ibu dan bapa yang sudah bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun (perlu mendapatkan pengesahan taraf permastautin daripada Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi Taman Perumahan / Senator / ADUN dan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal)



2. Pendapatan seisi rumah :


2.1 RM1500 ke bawah yang menanggung anak 1-3 orang ATAU


2.2 RM2500 ke bawah yang menanggung anak 4-5 orang ATAU


2.3 · RM3000 ke bawah yang menanggung anak melebihi 6 orang


3. Menghantar anak ke taska (terhad kepada 2 orang anak yang berumur 4 tahun ke bawah sahaja)



Sukacita sekiranya pihak puan dapat maklumkan kepada pihak kami sekiranya ada dikalangan ibu bapa yang menghantar anak ke taska puan memiliki syarat-syata di atas. Kami akan memberi bantuan yuran taska kepada meerka yang berkelayakan. Sila hubungi saya Makmum bin Sundari tel : 03-55231426 (Rantaian Mesra Sdn Bhd)

Tuesday, April 10, 2012

Jom Sihat - Aktiviti Fizikal (motor kasar)

Pelbagai aktiviti harian, mingguan dan bulanan di rancang oleh pihak pengurusan Taska Titian Kasih dan semua aktiviti ini di lakukan untuk memberi rangsangan dalam pembesaran anak-anak dan antaranya adalah aktiviti pergerakan fizikal (motor kasar) agar mereka akan sentiasa cergas dan tidak mudah berasa bosan. Sebahagian gambar-gambar yang sempat di rakam dan dikongsi untuk tatapan semua.