Thursday, December 29, 2011

Selamat Tahun Baru 2012



Pihak Taska Titian Kasih ingin mengucapkan "Selamat Tahun Baru 2012" semoga di tahun baru ini akan terus memberi keazaman kepada pihak pengurusan Taska Titian Kasih untuk terus meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Kepada anak-anak yang akan duduk di Taska Titian Kasih di ucapkan selamat kembali ke Taska setelah lama bercuti dan diucapkan selamat datang kepada anak-anak yang baru mendaftar. Walaupun tarikh keramat dimana hari persekolahan akan bermula pada 4/1/2012 namun ramai sudah yang mula menghantar kembali anak-anak mereka untuk menyesuaikan diri.

"Selamat Tahun Baru 2012"

Wednesday, November 16, 2011

Akhirnya...Taska Titian Kasih Berdaftar Dgn JKM



Bagi para pengusaha Taska antara saat yang paling gembira apabila taska mereka mendapat lesen operasi yang sah dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bukan mudah untuk mendapatkan lesen operasi ini kerana terpaksa melalui pelbagai permohonan dengan agensi yang berkaitan,pemeriksaan mengejut oleh pihak yang berkenaan ke taska dan penyediaan kertas kerja yang terperinci. Alhamdulillah atas kesabaran dan ketekunan, Taska Titian Kasih telah menerima sijil Perakuan Pendaftaran Taman Asuhan Kanak-kanak untuk tempoh 5 tahun.

Berita gembira ini ingin pihak Taska Titian Kasih kongsi bersama kepada semua ibubapa/penjaga yang berterusan memberi sokongan dan kepercayaan kepada pihak Taska.

Tuesday, November 15, 2011

Taska Titian Kasih Berwajah Baru

Menghampiri usia 2 tahun Taska Titian Kasih kini berubah wajah. Harapan kami semoga perubahan ini menjadikan Taska Titian Kasih lebih ceria . Taska Titian Kasih mula menerima pendaftaran baru untuk tahun 2012 dan kepada ibubapa yang berminat di jemput datang sendiri untuk melihat keadaan Taska.......ingin kelainan datanglah ke Taska Titian Kasih.

Gambar Taska 1 & Transit yang menempatkan kanak-kanak berumur bawah 2 tahun dan tempat transit sekolah kebangsaan/Kidas dan tadika.




Taska Dua - Tempat Asuhan kanak-kanak 2 tahun hingga 4 tahun

Wednesday, October 12, 2011

Majlis Hari Raya dan Harilahir Berkelompok - yassin, duit raya & penyampaian hadiah

Terima kasih pihak taska Titian Kasih ucapkan kepada rakan-rakan muslimat yang sudi hadir dan mengadakan bacaan Yassin dan doa selamat pada malam tersebut.





waktu yang ditunggu-tunggu.....yehhhhh dapat duit raya, terima kasih cikgu!! dan juga penyampaian sebahagian hadiah kepada para pemenang










Thursday, October 6, 2011

Majlis Hari Raya dan Harilahir Berkelompok bhg. 2 - wajah sicomel ku

Izinkan kami memaparkan sebahagian wajah-wajah anak-anak Taska Titian Kasih. Wajah-wajah penuh harapan agar kami akan terus menjaga mereka dengan sebaiknya...penuh kasih sayang dan didikan yang sebaiknya........itulah nekad kami setiap waktu.














Wednesday, October 5, 2011

Majlis Hari Raya dan Harilahir Berkelompok bhg. 1

Walaupun syawal telah melabuhkan tirai namun kemeriahannya masih dirasai disana sini. Begitu juga dengan Taska Titian Kasih yang mengambil kesempatan pada hari Jumaat yang lalu bersamaan 30/10/2011 di Taska 1, No. 2 Jalan Cemara 8 telah mengadakan Majlis Sambutan hariraya dan juga Majlis Harilahir Berkelompok juga mengadakan majlis bacaan Yassin bersempena pembukaan pusat transit baru di No. 4 Jalan Cemara 8. Majlis yang berlaku serentak, 3 dalam 1 bermula seawal 8 malam yang mula dipenuhi oleh anak-anak dan juga ibubapa/penjaga bagi acara pembukaan dan potong kek untuk hari lahir berkelompok.

Majlis yang di tunggu-tunggu oleh para cikgu dan ibubapa/penjaga untuk mengambil peluang beramah mesra dan berkenalan dengan cikgu-cikgu juga dikalangan ibubapa/penjaga. Anak-anak lagi teruja bila dapat bersama-sama ibubapa/penjaga mereka dengan pakaian yang cantik dan kelihatan comel-comel semuanya.

Ibubapa/penjaga dan tetamu yang hadir telah bersama-sama menikmati pelbagai hidangan istimewa yang disediakan oleh pihak Taska termasuk makanan ala kampung, laksa, nasi impit bersama kuah kacang, bubur, beraneka nuget, kuih muih, buah-buahan dan juga air minuman.

Majlis yang berlangsung dengan ringkas dan santai di serikan dengan acara musical chair pelbagai peringkat umur dan hadiah-hadiah istimewa juga diberikan kepada para pemenangnya dan paling istimewa semua anak-anak mendapat duit raya dari pihak Taska Titian kasih.

Ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis yang sederhana tetapi begitu meriah sekali terutamanya dengan kehadiran para ibubapa/penjaga juga tetamu-tetamu undangan yang lain. Semoga akan terus memberi sokongan kepada taska Titian kasih dan bagi kami di Taska Titian kasih akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua.

gambar-gambar sekitar majlis tersebut untuk bahagian 1