Thursday, March 29, 2012

Latihan Amali KAAK Oleh JKM di Taska Titian Kasih

Terima kasih kepada JKM Kuala Selangor kerana memilih Taska Titian Kasih sebagai tempat latihan amali selama 3 hari bermula pada 27/3 - 29/3/2012 bagi peserta Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK). Kursus ini merupakan syarat asas untuk para pengasuh dan pengusaha taska.

Pihak pengurusan dan kakitangan taska merasa bangga kerana dapat bekerjasama dengan JKM Kuala Selangor bagi memastikan peserta dapat melakukan latihan amali mereka dengan jayanya. Berikut adalah sebahagian daripada gambar sepanjang latihan amali .







Monday, March 26, 2012

Kaunter Pendaftaran Taska Titian Kasih SU3 dibuka


Taska Titian Kasih SU3 akan membuka kaunter pendaftaran pada hari sabtu dan ahad ini bersamaan 31/3 & 1/4/2012 bermula jam 9pagi - 12 tengahari untuk memberi peluang kepada ibubapa/penjaga untuk sebarang pertanyaan dan juga pendaftaran awal. Semua ibubapa dijemput hadir dan jumpa disana.

Terlebih dahulu pihak Taska Titian Kasih mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan anda semua.

Monday, March 19, 2012

Kunjungan Muhibbah SeDidik Sarawak

Pihak Taska Titian Kasih mengucapkan terima kasih kepada Pengurus Besar dan kakitangan pihak Sedidik Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat Sarawak Economic Development Corporation (SEDC) yang sudi memilih untuk melihat sendiri operasi Taska Titian Kasih pada 9 Mac 2012 yang baru lalu. Sedidik merupakan badan yang bertanggung jawab di Sarawak dalam menyediakan pendidikan awal kepada seluruh rakyat Sarawak di bawah jenama "SeDidik".

Semoga dengan kunjungan hormat ini akan lebih memberikan semangat kepada pihak Taska Titian Kasih dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk Saujana Utama dan taman sekitarnya. Semoga akan diberi kesempatan untuk membuat kunjungan balas ke Sarawak pula selepas ini.

Monday, March 12, 2012

Pembukaan Taska Titian Kasih Caw. SU3


Dengan rasa rendah diri, Taska Titian Kasih akan membuka cawangannya di rumah No. 26 Jalan Teratai 1/2, SU3. Taska dijangka akan memulakan operasi pada awal bulan April 2012 ini. Pendaftaran di buka mulai sekarang dan kepada sesiapa yang berminat silalah menghubungi Pn Noni di nombor 017-6863839. Pendaftaran percuma untuk bulan pertama pembukaan.

Nota:
Lokasi Taska di SU3 ini adalah merupakan Semi D Cluster yang baru siap dan kalau anda dari gate utama masuk SU3 yg ada pengawal tu simpang empat pertama dan belok kanan. Anda akan jumpa baner Taska Titian Kasih lorong kedua dari simpang.