Thursday, September 29, 2011

Memo Perubahan Lokasi Taska 1, Taska 2 & Transit Titian Kasih




Sila klik di gambar untuk membesarkan image.

Semoga perubahan yang dilakukan oleh pihak Taska Titian Kasih akan memberi lebih keselesaan kepada semua. Memo ini telah diedarkan kepada semua anak-anak Titian Kasih untuk makluman kepada semua ibubapa dan penjaga.

Terima kasih di ucapkan kepada semua pihak yang terus memberi sokongan kepada Taska Titian Kasih.

Wednesday, September 28, 2011

Majlis Hari Raya dan Harilahir Berkelompok



Dengan rasa rendah hati pihak Pengurusan dan kakitangan Taska Titian Kasih dengan segala hormatnya menjemput semua ibubapa dan penjaga anak-anak Taska Titian Kasih untuk datang ke majlis hariraya dan juga sambutan harilahir berkelompok di Taska Titian Kasih. Semoga dengan kehadiran anda semua akan memberi keberkatan dan memeriahkan lagi majlis ini.

Wednesday, September 14, 2011

Selamat menghadapi UPSR 2011



Untuk anak-anak Titian Kasih juga kepada semua pelajar tahun 6 amnya, diucapkan selamat menghadapi peperiksaan UPSR yang bermula pada 13/9/2011 hingga 15/9/2011. Semoga anak-anak semua dapat menjawab dengan sebaiknya dan berjaya dengan cemerlang.

Doa kami di Titian Kasih sentiasa mengiringi anak-anak semua.

Monday, September 5, 2011

Salam Idulfitri buat semua




Pihak Pengurusan Taska Titian Kasih mengucapkan "Selamat HariRaya Idulfitri untuk semua anak-anak titian kasih juga semua para ibubapa dan penjaga. Jika ada salah dan silap harap di maafkan dan akan terus berusaha untuk memperbaiki mutu perkhidmatan taska.