Friday, July 22, 2011

happy birthday.....slide show....enjoy

Happy Birthday!!!! Slideshow: Taska’s trip to Saujana Utama Sg Buloh Selangor (near Subang Jaya), Selangor, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Subang Jaya slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Monday, July 4, 2011

Majlis hari Lahir Anak-Anak Titian Kasih

Masa yang di tunggu telah tiba, pada hari jumaat yang lalu bersamaan 1 Julai 2011 pihak Taska Titian Kasih telah mengadakan majlis sambutan hari lahir untuk anak-anak Titian Kasih yang lahir pada bulan April, May dan jun dan sambutan berkelompok ini merupakan aktiviti yang akan diadakan sepanjang tahun 2011. Anak-anak yang bersama-sama kali ini begitu amat gembira sekali kerana dapat meraikan majlis hari lahir mereka bersama rakan-rakan sebaya.

Diucapkan jutaan terima kasih kepada para ibubapa yang terlibat di atas sokongan dan bantuan yang berbentuk makanan untuk dinikmati bersama anak-anak Titian Kasih pada hari tersebut. Semoga dengan adanya sokongan berterusan ini akan memberi semangat kepada pihak Taska Titian Kasih untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan yang sedia ada.

Jom kita layan sebahagian gambar-gambar yang sempat di muatkan di sini dan akan ditambah dari masa kesemasa.