Wednesday, August 15, 2012

Salam Aidilfitri

Salam buat semua,
Diam tak diam  nampaknya Ramadhan sudah menghampiri penghujungnya dan insyallah jika panjang umur kita semua akan menyambut syawal pada hari ahad ini. Di kesempatan ini pihak pengurusan Taska Titian Kasih dan semua cikgu-cikgu pengasuh ingin mengucapkan  Salam Aidilfitri & Maaf Zahir Batin buat semua anak-anak jagaan Taska Titian Kasih, ibubapa dan penjaga dan semua rakan-rakan diluar sana dan di doakan agar semuanya akan selamat balik ke kampung halaman dan selamat kembali ke Saujana Utama.

Taska Titian Kasih akan ditutup bermula hari Sabtu 18/8/2012 sehingga 26/8/2012 (Ahad).

"Salam Aidilfitri Dan Maaf Zahir Batin dari kami Taska Titian Kasih"

Thursday, August 9, 2012

Pelajar UPSI @ Taska Titian Kasih

Pihak Taska Titian Kasih ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI) Tanjung Malim,kerana memilih Taska Titian Kasih untuk dijadikan tempat untuk pelajar jurusan Pendidikan Awal Kanak-kanak menjalankan tugasan aktiviiti .Kanak-kanak yang terlibat amat gembira semasa aktiviti dijalankan. Semoga pengalaman ini memberi impak yang baik dari sudut pembesaran mereka,juga boleh mencetuskan idea baru kepada guru-guru pengasuh untuk melakukan aktiviti yang lebih berkualiti di masa depan.


Wednesday, August 1, 2012

Menjelang Hari Kemerdekaan Malaysia

Menghampiri tarikh 31 Ogos, sempena hari kemerdekaan Malaysia pihak Taska Titian Kasih mula memasang bendera Malaysia di sekitar semua cawangan taska Titian Kasih. Pada masa yg sama juga kanak-kanak di terapkan dengan semangat kecintaan kepada negara dengan memperkenalkan bendera Malaysia. Saat gembira dapat di rakamkan di taska Titian Kasih cawangan Teratai Clusters SU3 setelah cikgu memperkenalkan dan menerangkan kepada mereka mengenai bendera Malaysia. Sebahagian gambar bersama anak-anak Titian Kasih SU3