Wednesday, August 24, 2011

MerDEka...merdeka...merdeka...

Tidak lama lagi negara kita akan menyambut hari kemerdekaan yang ke 54 tahun pada tanggal 31 Ogos 2011 yang di bakal di sambut bersama perayaan hariraya aidilfitri. Di taska Titian kasih telah mengadakan aktiviti mewarna bendera Malaysia sempena sambutan hari kemerdekaan ini. Semoga anak-anak kecil kita juga akan tahu akan hari yang bermakna untuk sebuah negara.
Kanak-kanak yang terlibat amat teruja dan gembira dapat mewarnakan bendera mereka itu.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!






Monday, August 22, 2011

Sumbangan Taska Titian Kasih@ surau alhidayah

Pada Ramadan kali ini, pihak Taska Titian Kasih telah menyumbangkan 2 periuk dari 5 periuk bubur lambuk anjuran surau Alhidayah.Ia telah dilaksanakan pada hari sabtu yang lepas bersamaan 20/8/2011.Pada hari yang sama juga kebetulan diadakan program untuk pelajar KiDAS yang bakal menghadapi peperiksaan UPKK dan PSRA.Majlis juga telah di serikan dengan kedatangan ahli parlimen Kuala Selangor, YB Dr Zulkifly Ahmad.Beliau berkesempatan bersama mengacau dan mengedarkan bubur lambuk tersebut kepada para pengunjung bazaar ramadan hari itu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan tertunai sudah niat kami di taska titian kasih. Semoga Allah akan terus memberkati dan memurahkan lagi rezeki taska Titian Kasih.

antara rempah ratusnya




pembungkusan bermula




pengedaran bermula oleh sukarelawan surau alhidayah

Monday, August 1, 2011

Selamat Berpuasa utk anak-anak Titian Kasih



Pihak Taska Titian Kasih mengucapkan selamat menyambut Ramadan dan selamat berpuasa utk anak-anak Titian Kasih juga kepada semua ibubapa/penjaga semua. Semoga puasa kita semua akan di berkati. Amin