Tidak lama lagi negara kita akan menyambut hari kemerdekaan yang ke 54 tahun pada tanggal 31 Ogos 2011 yang di bakal di sambut bersama perayaan hariraya aidilfitri. Di taska Titian kasih telah mengadakan aktiviti mewarna bendera Malaysia sempena sambutan hari kemerdekaan ini. Semoga anak-anak kecil kita juga akan tahu akan hari yang bermakna untuk sebuah negara.
Kanak-kanak yang terlibat amat teruja dan gembira dapat mewarnakan bendera mereka itu.
Pada Ramadan kali ini, pihak Taska Titian Kasih telah menyumbangkan 2 periuk dari 5 periuk bubur lambuk anjuran surau Alhidayah.Ia telah dilaksanakan pada hari sabtu yang lepas bersamaan 20/8/2011.Pada hari yang sama juga kebetulan diadakan program untuk pelajar KiDAS yang bakal menghadapi peperiksaan UPKK dan PSRA.Majlis juga telah di serikan dengan kedatangan ahli parlimen Kuala Selangor, YB Dr Zulkifly Ahmad.Beliau berkesempatan bersama mengacau dan mengedarkan bubur lambuk tersebut kepada para pengunjung bazaar ramadan hari itu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan tertunai sudah niat kami di taska titian kasih. Semoga Allah akan terus memberkati dan memurahkan lagi rezeki taska Titian Kasih.
antara rempah ratusnya
pembungkusan bermula
pengedaran bermula oleh sukarelawan surau alhidayah
Pihak Taska Titian Kasih mengucapkan selamat menyambut Ramadan dan selamat berpuasa utk anak-anak Titian Kasih juga kepada semua ibubapa/penjaga semua. Semoga puasa kita semua akan di berkati. Amin
Masa yang di tunggu telah tiba, pada hari jumaat yang lalu bersamaan 1 Julai 2011 pihak Taska Titian Kasih telah mengadakan majlis sambutan hari lahir untuk anak-anak Titian Kasih yang lahir pada bulan April, May dan jun dan sambutan berkelompok ini merupakan aktiviti yang akan diadakan sepanjang tahun 2011. Anak-anak yang bersama-sama kali ini begitu amat gembira sekali kerana dapat meraikan majlis hari lahir mereka bersama rakan-rakan sebaya.
Diucapkan jutaan terima kasih kepada para ibubapa yang terlibat di atas sokongan dan bantuan yang berbentuk makanan untuk dinikmati bersama anak-anak Titian Kasih pada hari tersebut. Semoga dengan adanya sokongan berterusan ini akan memberi semangat kepada pihak Taska Titian Kasih untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan yang sedia ada.
Jom kita layan sebahagian gambar-gambar yang sempat di muatkan di sini dan akan ditambah dari masa kesemasa.
Sambutan hari jadi untuk anak-anak titian kasih yang lahir pada bulan April, May dan Jun akan di adakan pada hari jumaat ini 1 Julai 2011. Semoga semuanya akan berjalan lancar.
Selamat Hari Bapa kepada mereka yang bergelar bapa, ayah, daddy, abe atau apa saja panggilan yang seangkatan dengannya.Taska Titian kasih juga menggambil peluang meraikan hari bapa dengan aktiviti membuat kad hari bapa.Gembira sekali anak-anak asuhan kami mewarna kad masing-masing kerana mereka tahu,yang kad itu akan di hadiahkan kepada bapa mereka.Masing-masing begitu bersemangat untuk habiskan mewarna dengan cepat..berikut sebahagian gambar semasa aktiviti sedang di jalankan.