Tuesday, June 28, 2011
MAJlis SamBUtan HAri JAdi TITIAN KASIH
Sambutan hari jadi untuk anak-anak titian kasih yang lahir pada bulan April, May dan Jun akan di adakan pada hari jumaat ini 1 Julai 2011. Semoga semuanya akan berjalan lancar.
"HAPPY BIRTHDAY ANAK-ANAK TITIAN KASIH"
Wednesday, June 22, 2011
SELAMAT HARI BAPA
Selamat Hari Bapa kepada mereka yang bergelar bapa, ayah, daddy, abe atau apa saja panggilan yang seangkatan dengannya.Taska Titian kasih juga menggambil peluang meraikan hari bapa dengan aktiviti membuat kad hari bapa.Gembira sekali anak-anak asuhan kami mewarna kad masing-masing kerana mereka tahu,yang kad itu akan di hadiahkan kepada bapa mereka.Masing-masing begitu bersemangat untuk habiskan mewarna dengan cepat..berikut sebahagian gambar semasa aktiviti sedang di jalankan.

Sunday, May 15, 2011
Selamat hari ibu

Sempena hari ibu pada baru-baru ini pihak Taska telah mengadakan aktiviti membuat kad hari ibu untuk setiap pelajar dan nampaknya pelajar amat gembira dengan kerja masing-masing. Buat para ibu kami di Taska Titian Kasih mengucapkan "Selamat Hari ibu". Gambar sekitar aktiviti membuat kad hari ibu.

Sebagai hiburan kepada anak-anak titian kasih dan juga para ibu di luar sana.
Tuesday, April 12, 2011
Amali Solat @ Taska Titian Kasih
Sejuk mata memandang bila melihat anak-anak asuhan Taska Titian Kasih mula melakukan amali solat.Alhamdulillah teori yang di ajar sejak awal tahun telah mula menampakkan hasil.Bila di minta membaca setiap rukun dengan kuat,mereka begitu bersunguh-sungguh membacanya.Walau mereka baru lingkungan umur 2 tahun ke atas,kesungguhan terpamir di muka mereka untuk menanti tibanya waktu untuk melakukan solat berjemaah.Bila azan asar di laungkan dari surau AlHidayah senyuman mula terukir di wajah mereka,kerana masing-masing menunggu waktu itu.
Semoga dengan adanya latihan ini akan dapat memupuk nilai-nilai murni untuk menjadi muslim yang baik dari peringkat awal.

Semoga dengan adanya latihan ini akan dapat memupuk nilai-nilai murni untuk menjadi muslim yang baik dari peringkat awal.
Wednesday, April 6, 2011
Magic English 'n' Taska Titian Kasih.
Taska Titian Kasih telah memulakan program Magic English sejak akhir tahun 2010. Alhamdulillah telah menunjukkan banyak peningkatan kepada anak-anak asuhan taska dari segi bahasa,komunikasi dan literasi awal.Ia membantu guru pembimbing untuk melakukan aktiviti taska.Slot khas Magic English juga telah di masukkan dalam jadual harian kanak-kanak 2-4 tahun.
Kanak-kanak dan bayi seawal 2 bulan juga memperolehi manafaat dari program ini.Mereka akan di pertontonkan dengan cerita watak kartun disney.Ia amat menarik minat kanak-kanak untuk menonton.Seterusnya bila tiba aktiviti rangsangan,mereka akan di perdengarkan pula dengan cerita berkaitan watak yang mereka lihat.Bila kanak-kanak ini melakukan aktiviti berinteraksi dengan guru pembimbing,mereka dengan penuh minat akan meniru suara yg mereka dengar.Mereka berupaya untuk bercerita kembali apa yg mereka dengar.mereka lebih fokus dan menunjukkan minat semasa guru pembimbing mengajar.
Walau semasa nak membelinya dulu terpaksa berfikir beberapa kali kerana harga yg mencecah ribuan ringgit,namun hasil yg di perolehi amat memuaskan hati.Anak-anak di taska Titian Kasih lebih aktif,fokus dan gembira apabila melakukan aktiviti harian.Lihatlah mereka semasa guru mengajar mereka menumpukan sepenuh perhatian kepada guru walau ada antara mereka yg baru berumur 2 tahun.Bila di minta berinteraksi,mereka lebih yakin dan berani untuk bercakap...Inilah antara kelainan yang Taska Titian Kasih berikan,kami cuba menjadikan anak-anak asuhan kami lebih yakin dan berani walau usia baru 2,3 dan 4 tahun.

Tuesday, March 29, 2011
GAMBAR SEKITAR HARI FESTIVAL KANAK-KANAK PERINGKAT KUALA SELANGOR
Taska Titian Kasih menghantar wakil seramai 13 orang kanak-kanak ke beberapa pertandingan yang di anjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Selangor sempena Hari Festival Kanak-kanak peringkat Kuala Selangor.Sebanyak 30 taska dan tadika telah menggambil bahagian dalam pertandingan tersebut.
Antara pertandingan yang di pertandingkan ialah Congkak,taska menghantar 3 orang wakil dimana Nur Sapiah Najihah telah mendapat tempat ke lima.Pertandingan kolaj,taska menghantar 2 orang wakil dimana Siti Nur Balqis telah mendapat tempat ke 3.Antara pertandingan lain termasuk menyelesaikan puzzle,taska menghantar 2 orang wakil.Pakaian beragam,taska menghantar 2 orang wakil dan mewarna pula taska menghantar wakil seramai 4 orang.Pihak taska mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir pada hari itu untuk menemani anak-anak mereka.Tahniah kepada mereka yang menang.

Thursday, March 24, 2011
Gambar pilihan koleksi 2010

hari pertama syahid di taska.Akhirnya tertidur keletihan

Amar dan aqeel menyiram sayur kacang panjang yang ditanam oleh mereka
Subscribe to:
Posts (Atom)