Wednesday, January 12, 2011

Setahun berlalu...entri pertama

Salam kepada semua pengunjung blog Taska Titian Kasih.Agak memalukan juga kerana setelah hampir setahun blog ini di mulakan,baru ada entri pertama.Terbatas dengan kekangan masa dan masih tercari-cari idea untuk memulakan blog ini.Paling lucu,email dan password pun dah lupa sebab lama sangat di biarkan begitu sahaja.Akhir tahun lepas sewaktu mengemas rak buku baru terjumpa dairy yang ditulis pasal blog ini..Baru la boleh buka semula blog.

Rasa bersemangat untuk berkongsi pengalaman harian di taska dengan pengunjung blog ini.Kepada ibu bapa yang anak-anak nya di asuh di taska Titian Kasih,saya selaku pengusaha dan penyelia taska dengan hati terbuka bersedia mendengar sebarang komen dan idea untuk meningkatkan kualiti taska Titian Kasih.Terima kasih atas kesudian melawat blog ini.

No comments:

Post a Comment