Thursday, March 29, 2012

Latihan Amali KAAK Oleh JKM di Taska Titian Kasih

Terima kasih kepada JKM Kuala Selangor kerana memilih Taska Titian Kasih sebagai tempat latihan amali selama 3 hari bermula pada 27/3 - 29/3/2012 bagi peserta Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK). Kursus ini merupakan syarat asas untuk para pengasuh dan pengusaha taska.

Pihak pengurusan dan kakitangan taska merasa bangga kerana dapat bekerjasama dengan JKM Kuala Selangor bagi memastikan peserta dapat melakukan latihan amali mereka dengan jayanya. Berikut adalah sebahagian daripada gambar sepanjang latihan amali .







No comments:

Post a Comment